Pantun melayu
Sayang selayang aku mencari
Mencari pergi mencari peti
Entah dimana dibawa lari
Aku tak jumpa suara hati
Kasih dipandang mata melayang
Bujur dipandang bersegi hati
Kalau tuan tak tahan memandang
Jangan lagi dekatkan hati
Kuncinya hilang tuan tak datang
Suara siapa memanggil sepi
Peti masih kunci berpantang
Suara siapa terkelu lagi
Pecah hati pecahnya peti
Kunci jumpa didalam diri
Mahu bangun mahu berdiri
Pergilah tuan larikan diri
No comments:
Post a Comment